Sunday, September 19, 2010

SELERA KAMPONG

Aku dari dulu lagi suka makan makanan kampong, memang cukup selera. Aku tengok orang sekarang ni pun dah mula suka pada makanan kampong ni, mungkin mereka rasa makanan yang lain tu banyak campuran benda-benda yang jangka panjangnya boleh menyebabkan penyakit.

Kalau dulu orang tak suka pada belut, ya la yang hampir seiras ular, kau orang makan ke, he.... kalau goreng ump sampai menjilat jari, alah bila digoreng macam keropok lekor ajar.

Sekarangpun dah banyak restoran yang jadikan belut sebagai makanan istimewa, waduh lihat warung tu, SUP BELUT. he he, jom kita pi try.

Ni resepi yang kau orang boleh cuba untuk masak belut, cuba tau jangan tak cuba, he..

Resipi Belut Goreng Kunyit

Bahan:
Belut (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
8 tangkai kacang panjang (dipotong panjang)
2 tangkai lada merah hidup (dipotong menyerong)
1 cawan minyak masak
2 sudu serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa


Cara membuatnya:

Belut yang sudah dipotong dilumur dengan serbuk kunyit dan digoreng garing. Selepas garing, angkat dan asing dalam pinggan lain.

Buang separuh minyak di dalam kuali. Tumiskan pula bawang merah, cili hidup dan kacang panjang. Tambah garam dan serbuk perasa sesedap rasa. Pastikan bahan tumisan tidak terlalu lembik.

Akhir sekali, masukkan belut yang digoreng tadi dan kacau semuanya hingga rata serta boleh dihias dengan daun sup atau bawang goreng.


Nak tahu Harga masakan berasaskan belut berapa ?
ianya ditentukan mengikut jenis masakan dan kuantiti antara RM7—RM8

Kat mana kalau kau orang nak cuba resepi di, jom ke kg Padang, Jln Sungai Lembing Kuantan, dibuka pada jam
4 pagi hingga 1 pagi setiap hari, itu kalau kau orang kat kuantan la, tempat lain pun ada.




Hai, nampak ramai dah meleleh air liur bila tengok gambar belut ni, nah ni ada lagi kawan2 yang bagi resepi untuk masak belut ni, he he, terima kasih kawan2


BELUT GORENG TEPUNG

Bahan :

500 gram belut yg sdh bersih direndam dg air jeruk nipis selama 15 mnt
minyak untuk menggoreng
150 gram tepung terigu
50 gram tepung beras
175 ml air
1 butir telur, dikocok lepas

Bumbu halus :
4 siung bawang putih
1 sendok makan ketumbar
3 cm kunyit
1 sendok teh garam


Cara membuat :
1. Aduk bumbu halus dan tepung (+ air dan telur) hingga rata.
2. Celupkan belut ke adonan tepung lalu goreng dalam minyak panas. Gunakan api kecil.
3. goreng smp matang/kering.

SUP BELUT
Sumber: resepiku.com (kuihkoci)

Bahan-Bahan
1 ekor belut di bersihkan
600 ml air

bahan di kisar halus
10 ulas bawang merah
5 cm halia
3 ulas bawang putih

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 sudu makan minyak
1 bungkus sup bunjut
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak
1.Panaskan periuk masukkan minyak dan tumis
bahan dikisar sehingga kering
2.Masukkan air bersama dengan sup bunjut dan belut.
biar kan mendidih menggunakan api sederhana.
3.Masukkan garam,lada sulah,daun sup dan daun bawang
biarkan seketika………
hidang kan



mesti berselera makan tengahari ni, tambahan pula kalau buat berbuka puasa enam. ump